Eykabaha's Blog
♥ Its Me! ♥

20120418_011716_zps5892958a photo 20120418_011716_zps5892958a.jpg
Eykabaha
Going to be twenty three
Graduated Diploma IT
Now Degree in IT
Spoiler of English Language
"Make it Simple"


♥ Its Love! ♥

En Baharudin and Pn Wan Aini Daughter
Ajun Zulkifli Best Friend


♥ Wishlist! ♥

Diploma in IT
Degree in IT
Own Beautiful Blog
Owner of THE SYA'S

♥ Contact Me! ♥


♥ Peeps! ♥


♥ Scream! ♥



♥ Title Sidebar! ♥



♥ Banker! ♥



♥ Master! ♥
Template: NSHOO
tOl ke?


Menghargai Apa yang Kekasih Tidak Mahu

Kebanyakan teman wanita lebih mementingkan penampilan diri sehingga melupakan apa yang teman lelaki inginkan. Justeru itu, jangan salahkan teman lelaki kalau kebahagiaan kamu umpama telur di hujung tanduk. Sepatah kata, harus dijadikan pedoman dan kamu akan lebih dihargai sekiranya belajar menghargai apa yang pasangan tidak mahu kamu lakukan.

Perhatikan adakah kamu tergolong seperti perkara yang dinyatakan:

·         Pura-pura bodoh walaupun kamu tahu penyelesaian sesuatu masalah. Kamu sengaja bersikap demikian atas alasan ingin perhatian dari kekasih kamu.
·         Menangis keterlaluan hanya kerana perkara remeh.
·         Merajuk tak tentu pasal.
·         Segala hal peribadi yang patut diselesaikan sendiri, contohnya membayar bil telefon, mengambil baju di kedai dobi dan sebagainya sengaja diserahkan kepada kekasih.
·         Selalu bercakap dengan manja dan kebudak-budakkan.
·         Sering mereka-reka cerita atau menimbulkan masalah dengan harapan kekasih kamu akan memberi perhatian yang lebih.

Risiko yang akan kamu hadapi:

1.      Kekasih akan hilang hormat pada kamu
Selama mana kamu bersikap begitu, kamu terus dianggap anak kecil bukan kekasih yang matang. Memang sesetengah kekasih senang dengan keadaan begitu tetapi ianya memberi kesan buruk pada mereka. Dalam semua segi, kamu dianggap sebagai teman wanita yang tidak pandai menghargai diri sendiri mahupun kekasih sendiri. Sebarang keputusan atau apa yang kamu lakukan tidak mungkin mendapat kepercayaannya melainkan dengan bantuan orang lain.

2.      Kamu akan kehilangannya
Hakikat ini nyata. Bayangkan bagaimana sabarnya seorang kekasih melayan kerenah kamu, lambat laun akan jelak dan bosan. Sampai bila kamu harus bergantung kepadanya dan sampai bila pula dia harus sentiasa ada di sisi kamu untuk memberi bantuan? Apabila persoalan ini akan bermain difikiran kamu, ini menandakan satu hari nanti kamu akan kehilangannya.
0 SAID SOMETHING


Older Post | Newer Post