Eykabaha's Blog
♥ Its Me! ♥

20120418_011716_zps5892958a photo 20120418_011716_zps5892958a.jpg
Eykabaha
Going to be twenty three
Graduated Diploma IT
Now Degree in IT
Spoiler of English Language
"Make it Simple"


♥ Its Love! ♥

En Baharudin and Pn Wan Aini Daughter
Ajun Zulkifli Best Friend


♥ Wishlist! ♥

Diploma in IT
Degree in IT
Own Beautiful Blog
Owner of THE SYA'S

♥ Contact Me! ♥


♥ Peeps! ♥


♥ Scream! ♥



♥ Title Sidebar! ♥



♥ Banker! ♥



♥ Master! ♥
Template: NSHOO
Entry Bergambar : Ke Bukit Broga ke kita?

Assalammualaikum
Disebabkan banyak gambar yang nak di post untuk entry kali ni, bukan kemain eksaited melampau yang terpaku dalam hati kak bedah yang terpaksa di layan dan dipenuhi. Hehe Okay, trip kali ni kita buat lawatan ke Semenyih yang di join oleh enam orang termasuk kak bedah sendiri dan terdiri daripada kekawan kelas kat bedah kat uthm tu. Trip diadakan pada hari khamis yang lepas berturut turut selama dua hari satu malam. Okay letih yang teramat. Penginapan dan makan minum ditaja sendiri oleh mak kak bedah. So untung tak untung? Hehe.

OUR SCHEDULE
01:00 Petang : Perjalanan kitorang bermula dari Batu Pahat ke Semenyih iaitu Teratak Wan&Baha (Rumah mak kak bedah..Acah acah nak glemer)
06:00 Petang : Sesampai di rumah kak bedah, kitorang terus ke tesco untuk persediaan bahan barbeque yang akan dibuat untuk keesokkan harinya di Sungai Tekala.
07:00 sampai 10:00 Malam : Atktiviti makan minum mandi sembahyang dan seterusnya memerap ayam dijalankan di dapur rumah kak bedah.
11:00 sampai 03:00 Pagi : Kitorang bergerak ke Uptown Danau Kota untuk membeli belah. Sayang nya disebabkan kepenatan, pergi tangan kosong dan balik tangan kosong. Mood shopping out of service -.-
04:00 sampai 06:00 Pagi : Waktu melabuhkan tirai

Dan selepas itu, tujuan utama kitorang membuat lawatan ke Semenyih adalah satu sahaja iaitu untuk mendaki Bukit Broga. Yes, Bukit Broga tempat angkasawan kita buat pre wedding, Yes, Bukit Broga tempat yang bebudak iklan milo buat iklan tu, and Yes, Bukit Broga yang baru baru ni ada berita tentang kehilangan beberapa budak sekolah yang mendaki disitu. And ini adalah second time kak bedah jejak kat situ. And alhamdulillah tercapai juga hasrat kekawan kak bedah tu.

Disini kami bermula. Cehh, memula memang boleh senyum lebar lagi. Kau tunggu nanti -.-
Tips petama : Bangun awal pagi dan bagi yang menetap jauh dari Bukit Broga, korang digalakkan sampai sebelum subuh. Surau disediakan dan korang boleh bergerak untuk mendaki ke puncak sesudah korang menunaikan solat subuh.

Naik turun naik turun. Tengok kat belakang tu, bukan kemain ramai orang -.-
Tips kedua : Korang digalakkan membawa sebotol air dan beg galas untuk memudahkan korang menyimpan barang barang ketika mendaki.

Dekat memana, setiap ceruk pasti kami boleh selfie :)
Tips ketiga : Pastikan korang datang bukan pada waktu hujan. Hal ini kerana, jalan yang korang nak daki tu kompom kompom licin dan bahaya. Time kak bedah and kekawan kak bedah pergi pon, hujan renyai renyai sebelum tu. Bahaya!

Yeaayyy! We are here. Yes we are here! Penat! -.-
Tips keempat : Bawak kawan korang reramai baru happening. Diorang lah yang akan bagi semangat time korang rasa give up nak mendaki. Serius!

Walaupun penat yang teramat, kak bedah masih boleh tersenyum :)
Tips kelima : Sampai kat atas nanti, make sure korang dah sediakan camera, monopod, fish eye untuk mengambil gambar yang cantik ditambah dengan pemandangan yang indah! Alhamdulillah :)

Akhirnya hasrat mereka tercapai :)
Tips keenam : Mak kak bedah pesan supaya pastikan handphone sentiasa on dan mempunyai battery yang mencukupi dikhuatiri apa apa yang akan berlaku kita tak tahu. Jangan risau, kak bedah pakai line umobile and bar line kak bedah tiptop full.Ada berani? Jom kami cabar, korang sahut cabaran! :)
Tips ketujuh : Jangan terlalu seronok, gembira, happy mahupun celupar.

Disebabkan umur umur kami yang makin meningkat, rehat diperlukan secukupnya :)
Tips kelapan : Pastikan time korang mendaki tu, bagi korang yang rasa nak pitam ke sesak nafas ke, di galakkan kornag untuk rehat seketika. Sebab kat atas tu takde hospital. Jaga diri ye :)

We are happy kids :)
Tips kesembilan : Bergembiralah korang sepuas puasnya kat atas puncak tu. Bukan senang nak menghayati ciptaan tuhan dari sudut yang tinggi. Alhamdulillah :)

Kak bedah cuba mencari idea untuk update entry kali ni kat Bukit Broga :)
Hehe Finally sampai juga kitorang disini, walaupun penat meredah curam tinggi rendah. Sampai juga di puncak bukit Broga. Kak Bedah cadangkan korang pergi sebelum subuh, sebabnya atleast bila korang sampai kat sana, korang boleh sembahyang subuh terus kat sana dan jangan risau, surau disediakan. Dan kalau korang ni terer mendaki, dan sampai puncak lebih kurang sepuluh minit, Insyaallah korang boleh tengok matahari terbit. Cantik sungguh. Malangnya kak bedah dan kekawan terbangun lambat dan yang kami nampak cuma matahari tegak di atas kepala -.- Dan akhir sekali, lepas broga kak bedah daki, dengan keadaan badan berbau masam manis, kitorang terus ke Sungai tekala yang berdekatan untuk meneruskan aktiviti seterusnya :)



22 SAID SOMETHING


Older Post
Older Post